Pages

Monday, 18 August 2014

TAT BENGKULU TRADISIONAL

Assalammualaikum wbt...dan Salam Sejahtera..
Siapa sini orang bengkulu or orang Sg Choh mesti tau pasal kuih tradisi popular ni namanya
TAT BENGKULU
haa..tau x? xtau meh nk cite sikit..Merupakan kuih tradisi daripada masyarakat Bengkulu. Kuih ini menggunakan inti kelapa dan selalu berbentuk daun. Dinamakan “Tat Bengkulu” kerana asalnya dari Bengkahulu  Sumatera. Dahulunya saiz tat ini sebenar tapak tangan namun sekarang ada mcm2 saiz ikut kehendakla.. Sangat sesuai dihidangkan ketika minum petang, perayaan dan juga  dijadikan hantaran perkahwinan. Paling bagus tat ni tahan sehingga satu bulan.
comel kan..sedap..tahan lama memang berbaloi - baloi beli..
 Sedikit Info : Jualan tat bengkulu bermula daripada rumah secara kecil-kecilan. Bila tempahan da meningkat, kak salmah mula menyewa kedai dan membeli alatan memasak dengan bantuan Jabatan Pertanian dan Kerajaan Selangor. Perusahaan ini sudah beroperasi selama 5 tahun. Diusahakan bersama tiga orang pekerja dan beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 6 petang dalam menyiapkan tempahan. Tat bengkulu ini berjaya disiapkan antara 300 - 400 biji sehari. Tat bengkulu ini dihantar setiap hari di sebuah kedai makan di kawasan Serendah. sekiranya nk order leh la direct terus ngan kak salmah. Selain inti kelapa..ada juga inti lain seperti durian dan nenas.

No telefon : 019-6250408 atau 03-60815270 
kedai kak salmah ni beroperasi di 
No 29, Jalan Melor 2, Desa Melor, 48200 Serendah, Selangor


Selain itu, terdapat juga tempahan kuih raya daripada orang ramai..macam2 kuih raya yang ada..gambar-gambar wajib layan..
   

Selain itu, ada gak sos pencicah dan rojak buah dijual di situ.. klu wat popia ke nk cicah kopok ke leh la beli sos ini..sedap dan murah kan.
harga  sos pencicah : RM1.50
rojak buah kecik : RM3.50 besar : RM6.00

Ops lupa online nyer :
Email  : salmahmunap@yahoo.com 

1 comment:

  1. youtube vip vip video - Videoodl.cc
    youtube vip vip video. Videos 4k youtube to mp3 of people who download video games for free, and also those who download games for free. YouTube vip video.

    ReplyDelete