Assalammualaikum wbt...dan Salam Sejahtera..
siapa sini suka makan mee? mee goreng? mee sup? mee bandung? mee hailam?
saya syorkan belila mee buatan tempatan yang dibuat oleh bumiputera..
Insya ALLAH..kebersihan dan mutu dijamin dari..
RASA EHSAN ENTERPRISE
No 2, Gerai MDHS, Pekan Rasa, 44200 Hulu Selangor, Selangor
siapa sini suka makan mee? mee goreng? mee sup? mee bandung? mee hailam?
saya syorkan belila mee buatan tempatan yang dibuat oleh bumiputera..
Insya ALLAH..kebersihan dan mutu dijamin dari..
RASA EHSAN ENTERPRISE
No 2, Gerai MDHS, Pekan Rasa, 44200 Hulu Selangor, Selangor
![]() |
En Zahari b. Pilus - Pengusaha Mee Kuning |
Sedikit info : Perusahaan mee kuning ini bermula pada tahun 2001..kiranya sudah 13 tahun diusahakan oleh Encik Zahari bersama isterinya dan juga dibantu oleh seorang pekerja iaitu pakcik Manap. Berbekal modal permulaan sebanyak rm400, En.Zahari memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Merupakan pesara Telekom Malaysia, En.Zahari mengambil kursus membuat mee ini di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Johor ketika itu.
Kemudian, En.Zahari berkerjasama dengan Jabatan Pertanian dalam mengembangkan perusahaan mee ini. Dengan bantuan Jabatan Pertanian, pembuatan mee dapat dilipat gandakan lagi dengan bantuan mesin dan peti dingin yang sangat berguna dalam mengembangkan lagi perusahaan mee ini.
Pasaran sekarang : Pelanggan tetap merupakan pengusaha-pengusaha kantin sekolah, kantin / kafeteria pejabat terutama di Kuala Kubu, kedai-kedai runcit dan mini, restoran-restoran di sekitar Batang Kali, Hulu Yam dan Kuala Kubu serta pemborong-pemborong berdekatan. Terdapat juga orang berseorangan yang datang membeli mee di kedai.
Sasaran akan datang : Diperluaskan ke seluruh Hulu Selangor dan dapat ditempatkan di pasaraya-pasaraya besar dengan label packing mee yang menarik.
![]() |
antara tempahan yang untuk 4 September 2014 |
![]() |
mesin uli tepung mee |
![]() |
mesin potong mee |
![]() |
Pekerja En.Manap |
![]() |
mee akan ditimbang mengikut berat yang dikehendaki oleh pelanggan |
Berapa harga mee? butiran seperti berikut ye :
400g - rm1.20
500g - rm1.30
800g - rm2.40
1kg - rm2.60 sahaja
Pembungkusan berlainan berat mengikut permintaan pelanggan.
Jika diletakkan pda suhu bilik tahan 2-3 hari..manakala klu disimpan terus dalam peti ais boleh memanjangkan usia mee ini. Yang penting tiada bahan pengawet digunakan..
Semalam dapat mee ni terus masak mee goreng..mesti test dulu..baru senang nak promot kan..terbaik mee ni..rasa yg baik..yang penting tiada bahan pengawet dan selamat..budak2 pun suka..senang ada mee bumiputera ni..kita pun tak ragu-ragu..
nak tempah boleh jugak secara borong..kalau yang duduk dekat tu datang terus je kat kedai pakcik zahari ni..deal terus dengan die..
No tel : 016-3472916